Permata Hati

Permata Hati
mImImImOt

Wednesday, June 2, 2010

KELUARGA SAYA...

Salam buat semua.
saya suka menulis/menaip...tapi tak punya agihan masa untuk ini.
sudah bersuami & punya seorang anak, rasanya saya lebih matang dari terdahulu.

SUAMI...
Abang, Manja- kesayangan saya yang pertama selepas ahli keluarga:)
Perkongsian hidup ini membuat saya lebih 'membuka mata'
betapa dikatakan perkahwinan adalah selangkah ke...
(isi tempat kosong sendiri)
dalam mengadakan kerukunan rumahtangga.. banyak perkara perlu ditimbangkan.
betapa beza budaya dalam keluarga masing² rupanya menjadi satu 'pertengkaran kecil' spanjang perkahwinan... cekap mengendalikannya, tiada masalah... kurang cekap mengendalikannya, masalah. tu pasal org slalu kata, dlm perkahwinan- pertengkaran adalah perkara biasa.

ANAK...
SUBHANALLAH! ketibaannya dlm sesebuah keluarga sangat dinanti. sy percaya, those yg bergelar ibu akan lebih menghargai watak ibu walau betapa salahnya ia. susah payah, jerih perih yg dilalui.. betapa 'ibu' sangat² berharga. pnh seorang teman berkata- "hargailah ibu sementara dia masih hidup" kerana dia telah kehilangan ibunya...
anak, kelahiranmu sgt dinanti... betapa 'kekosongan' mak sebelum kelahiranmu ke dunia terisi.. namun adakalanya mak seolah menafikan hak bila dgn mudahnya memarahi.. menjentik tgn kecil itu sekuat hati.. MAAFKAN MAK SAYANG...

DIRI...
smoga dpt menjadi isteri & emak yang terbaik walau dgn segala kekurangan yg ada. dekatkan diri pdNYA smoga dapat melakukan pergantungan yg lebih baik berbanding pergantungan pada manusia biasa walau bergelar suami /anak...
Maafkan saya kerana tidak sempurna...



No comments: