Friday, June 20, 2014
ABAH
Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan
Tiada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita
Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
AL-FATIHAH ;
10 Mei 2014 kembalilah seorang hamba Allah yg sgt disayangi dan dihargai kepada penciptaNYA,
Ayahanda Abdul Wahab bin Abdul Jalil
Lewat malam itu, sedang baru mulai solat berjemaah
Lewat malam itu, bonda memanggil kami-cemas
Lewat malam itu, cemas lagi di katil hospital
Lewat malam itu, bergegas cemas...
Sesampainya...
perkhabaran duka dr mulut Bonda
"Abah dah tiada.." longlai, sepi,
Melangkah tiada rasa, bernyawa tiada puas...
Sekujur tubuh kaku...
Itulah Abah...Ayahandaku...
Jemari itu biru...
Tidak selincah dulu...
menyisir rambutku, membelai usap ubunku, memimpin...
Dahi itu lembut sejuk...
manik peluh bertebaran, kukucup penuh hormat, penuh rindu...
Ya Allah, syurgalah tempatmu
Ahli Syurga yang kurindui, selalu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment